Tahun : 4 Mutiara
Bil. Murid : 35 orang
Tajuk : Hargai Pengorbanan Ayah dan Ibu
Tarikh : 21 Februari 2012
Masa : 7.30 – 8.30 ( 60 minit)
Fokus Utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta
memahami perkara yang dibaca.
: Aras 1(i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
: 8.1 Membina dan menulis perkataan ,ayat tunggal dan ayat majmuk
: Aras 1( i ) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberi
Fokus Sampingan : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian dengan nada
dan intonasi yang betul
: Aras 1(i) Berbual tentang sesuatu perkara dialami atau dilihat atau yang dibaca
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:
i Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii Menyatakan lima nilai terhadap ibu bapa.
Iii Menulis ayat tunggal dan majmuk dengan betul
Iii Menghasilkan karangan berperenggan
Kemahiran Bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Sistem Bahasa : Kosa kata :ilham, tabah, diasuh
Pengisian Kurikulum
Ilmu : Pendidikan Islam, Pendidikan Seni dan Muzik
Nilai : bekerjasama ,sayang, hormat, menghargai, mendengar nasihat, berterima kasih dan bersyukur.
Kemahiran Bernilai Tambah( KBT)
Kemahiran Berfikir : Mencirikan, membuat kaitan dan perhubungan, menilai, menjana idea dan membuat
kesimpulan.
Kemahiran Belajar : mencatat maklumat, dan melaporkan maklumat.
Kecerdasan Pelbagai : kontekstual, interpersonal, verbal-linguistik, spatial dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : i.Murid mempunyai ibu bapa masing-masing
ii Murid pernah membina ayat tunggal
iii Murid tahu membina ayat majmuk .
Bahan Bantu Mengajar : Potret ibu bapa, youtube ayah dan ibu, pantun, senikata lagu dan petikan buku teks
Isi Pelajaran
1) Menyatakan perihal ibu bapa masing-masing.
• Ceritakan tentang potret
• Adakah kamu menyayangi ibu bapa kamu apabila mereka telah tua?
2) Membaca petikan dari buku teks ( mukasurat 5)
Mencari makna perkataan baru
- menyambut
-ilham
-bersempena
-mengagumi
-tabah
-menghargai
-kempen
-mengisytiharkan
3) Membina ayat majmuk berdasarkan rajah tukar ganti( buku teks mukasurat 9)
4) Membina ayat
• ciri-ciri anak yang baik
• cara nak tunjuk sayang kepada ibu bapa
-menjaga ibubapa bila sudah tua
- mendoakan ibu bapa
-memberi wang
- menghormati
- hantar tunaikan haji
5) Menulis karangan berperenggan
6) Penutup kognitif
• Peneguhan positif
Penutup sosial
• Nyanyian
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1) Set Induksi ( 5 minit)
- 1.Murid diperlihatkan dengan potret ibu bapa (semasa mudan dan setelah tua)
- 2.Murid memberi respon atau pendapat .
- 3.Guru menjelaskan tujuan aktiviti dalam langkah berikut.
Catatan :
(Lisan)
- KB : Menghubungkait
- BCB : mendengar aktif
- BBB: potret ibu bapa
- (Lampiran 1)
2) Langkah 1 ( 10 minit)
- 1.Murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang lancar.
- 2. Murid mencari makna perkataan baru daripada kamus.
- 3.Murid memadankan perkataan dan makna pada carta
Catatan :
( Bacaan)
- KB :.menjana idea, menghubungkait
- BCB: Mencari makna
- KP: kontekstual
3) Langkah 2 (15 minit)
- 1.Murid diarahkan duduk dalam kumpulan.
- 2. Kumpulan A menulis lima ayat majmuk berdasarkan rajah tukar ganti di atas manila kad
- 3. Kumpulan B menulis ayat berdasarkan gambar bersiri
- 4 Kumpulan C menulis ayat berdasarkan gambar tunggal
- 5.Ketua kumpulan melapor.
- 6. Hasil kerja dipamerkan pada papan kenyataan
Catatan :
(Tulisan dan bacaan)
- KB : menjana idea
- BC : memproses maklumat
4) Langkah 3 (15 minit)
- 1.Guru menayangkan video lagu ‘ Ayah dan Ibu’
- Sila klik : http://youtu.be/sJEty8Liuc4
- 2. Murid menyanyi bersama rakaman video lagu
- 3. Guru meminta murid menyatakan ciri-ciri anak yang baik
- 4. Murid menyatakan ciri anak yang baik.
- 5. Murid diminta menyatakan cara menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa.
- 6. Murid memberi pendapat dan membuat rumusan masing-masing
Catatan :
(Lisan dan tulisan)
- KB : mencirikan, menjana idea, membuat kesimpulan
- BCB : melaporkan maklumat
- KP : emosi, verbal linguistic
- Nilai: kasih sayang,menghormati, berterima kasih, mendengar kata atau nasihat.
- BBB.: Rakaman video (lampiran 3), CD
5) Langkah 4 (15 minit)
- 1.Guru meminta murid menulis karangan berperenggan.
- 2.Murid menulis karangan ‘Cara-cara membalas jasa ibu bapa’
Catatan :
(tulisan)
6) Penutup( 5 minit)
- 1. Guru menerapkan nilai-nilai murni
- 2. Murid menyanyi lagu ‘Ayah dan Ibu’
No comments:
Post a Comment